Tuesday, August 30, 2011

LETIH | SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum~


Selepas berhempas pulas menyelesaikan kerja rumah and now aku nak rileks dengan tenang. Tak sabar tunggu hari esok. Alhamdulillah, akhirnya berlabuh la tirai Ramadhan dan Syawal tiba dengan rasa gembira. Ha korang semua puasa penuh tak? Siapa puasa tak penuh tak boleh raya. Hihi * masa kecik dulu selalu dengar orang tua cakap kan


Disebabkan esok nak raya, so macam biasa la. Aku ni ibarat tulang belakang ibu la kan. Yolah, anak perempuan seorang. Kena la rajin membantu. Nak harapkan yang lelaki? Oh katakan tidak ! Kerja yang lelaki, mengadap fesbuk dan hanya mampu melihat sahaja. Taktau ke yang aku sebenarnya panas hati tengok korang rileks. Empat empat semua sama. Tak menolong langsung. Tapi aku faham, lelaki biasalah~


Kerja aku tadi bermula dari pukul 3 petang. Memula aku pasang langsir, sakit badan aku. Menggosok dan memasang. Lama juga la masa memasang tu, maklumlah aku ni tak suka buat kerja kelam kabut. Kang jadi bebal pastu menangis. Settle langsir, aku sediakan hidangan berbuka. Yang bagusnya aku hanya masak nasi je, lauk semua ibu dah siapkan. Memang terserlah kemalasan aku di situ. Letih bai -,-


Ingatkan lepas berbuka dah settle semua, rupanya ada lagi. Kali ini aku bergelumang dengan minyak ye kawan kawan. Boleh agak ke? Ha teka la ! Aku kena goreng ayam untuk masak rendang. Ni juga aku agak bagus, ibu yang siapkan rendang semua tu. Aku berfesbuk masa ni. Lepas berfesbuk, aku sempat skodeng keadaan malam raya di Taiping walaupun sekejap.


Balik rumah ada lagi satu kerja, menggosok baju ! Cepat cepat aku siapkan semua kerja sebab dah penat gila. Macam sekarang ni, aku menaip cepat cepat. Haha .. Last last siap semua. Alangkah girang hati ini. Auuww .. So sekarang aku tunggu beberapa jam sahaja lagi untuk menempuh hari esok. Tu preparation aku untuk menyambut hari lebaran. Korang macam mana pula?

SALAM AIDILFITRI KHAS DARI SAYA . SALAH SILAP HARAP DIMAAFI . PEACE -,-

1 comment: