Thursday, September 20, 2012

Demam Gangnam.

Hello readers!

Heyyy sexy ladies! Op op opppp..

Dalam keadaan malam yang agak syiok selepas separuh hari aku menghabiskan masa dengan tidur yang nyenyak ala ala sleeping beauty macam barbie la konon kan. sambil dengar lagu Oppa oppa yang dipasang dari handphone adik dan juga sambil mata ini dijamukan dengan tarian gangnam dari adik yang agak gila. eh??

Siapa yang tak tahu pasal oppa oppa ni sangatlah rugi. silalah google and taip youtube and rajinkan la untuk menaip Oppa gangnam style! sangatlah cool, sangatlah style. serius. aku yang tak minat benda alah gini pun jadi sangkut sampai rasa nak gerakkan kaki sekali gus ikut rentak tarian gangnam. Tapi alangkah malang sebab aku ni tak pandai seni, noob dalam tarian. Last join group menari ni masa sekolah rendah. hamaigaddd, how i missyuuu dancing!! *sambil nangis sambil lari ke arah lori pastu kena sergah woiii

Gangnam ni adalah satu benda yang jadi trend pada zaman sekarang. penyanyinya adalah PSY, sangatlah style. Gangnam merupakan satu tempat di korea, lagu ni mengata tempat tu ye? ha haa taktau taktau.. kalau tak trend, takde la sampai cecah berjuta juta orang view videonya. Kalah cinta muka buku, kalah juga LMFAO kan kan?

Sampai setiap negara, setiap negeri ubah lagu gangnam. Ada yang jadi Oppa KL Style! ada jugak yang ubah jadi Oppa Georgetown Style dan ada yang buat flashmob gangnam! malah ada jugak yang ubah jadi Suasana gangnam raya!! eh ni bukan ke video ACTH yang femes ames tu. ada sepupu yang cool dan juga nenek yang sangat cool. macam cool blog!

Bukan tu je, malah aku pun rasa macam nak stylekan diri dengan menari ala ala gangnam. Tengok sekarang kaki ni dah gerak gerak ikut rentak gangnam. Penyudahnya handphone adik jadi mangsa kena ulang berkali kali lagu gangnam ni. kk bai nak menari ala ala gangnam *.*

- ACTH singkatan untuk Anak Cucu Tok Harun. peaceee
- nampak aku boldkan cool blog sebab aku gilakann heyyy cool blog!

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday #3

*eh ada Aaron Aziz! k k tipuu!

Bila ingat mimpi yang dulu.

Hello readers!

Pepagi buta dah gila mencangak depan laptop. Tak reti tidur ke? hihihi. Bukan apa, rasa macam dah lama tak hapdate blog yang lagi usang lagi bersarang ni kan. Amboi dah macam myvi lagi baru lagi best! *kecoh je. Sedangkan blog tak best pun. merepek je mampu. Di pagi yang hening ni, boleh dikatakan pagi yang agak gila buat aku. Mana taknya, jam 5.30 pagi perut dah ajak bergaduh. So apa lagi kan, habis aku bedal nasi dalam periuk siap dengan sambal belacan lagi. Lepas tu sekarang ni perut minta dibelai pulak, masuk angin! padan muka! malas nak makan ubat. Tsk tsk

Lepas perut masuk angin, jadi la insiden golek golek atas katil sebab tak selesa dengan keadaan perut. penyudahnya sampai la ni tak dapat lelap, sampai la ni la teringat secara tiba tiba dekat blog. Apa la la? Tengah dok golek golek atas katil sampai rasa macam sengaja nak jatuhkan diri sendiri dari katil, terimbas mimpi yang dulu.. Ala mimpi masa sekolah dulu, sekarang dah koje. Habis tu aku jadikan la tajuk mimpi yang dulu!

Mimpi ni dikaitkan dengan binatang yang aku benci gila. sebab kaki dia banyakk weiii. binatang yang berwarna cekelat ala ala comel sedangkan memang tak la nak comel. Kalau nak yang lebih special lagi benda alah ni mampu terbang. kalau dah terbang tu memang takde makna aku nak duduk diam. baik larikkkk! kahkahkah tau benda apa? ye ye lipas la tu. EEEEEE

Pada suatu ketika, aku tengah leklek je kan. ke tengah tidur tah masa tu. tetiba rasa macam ada sesuatu yang mencelah ikut bawah ruang pintu bilik. Bau pun aku dah dapat detect. Almaklumlah aku ada deria yang kuat. aiceh kecoh lagi kannn. Lepas tu aku pusing je belakang hamik kau mula mula ada satu, eh sekor! lepas tu makin lama makin berekor ekor. dah macam ternak anai anai, geli tau *sambil buat eksperiasi muka cuak plus geli geliman. Yang bestnya aku dengan terlebih bijak pandai, tengok je binatang tu bersarang dalam bilik. lagi lama aku tunggu lagi banyak la yang join sekaki. Dalam hati ni menjerit jerit suruh lipas tu berambus. bla la wei bla la wei!! kalau la faham kan.

Dan dengan menggunakan otak aku yang sangat bijak lagi pandai ni, aku dengan pantas mencapai spray lipas dan jeng jeng dengan selambernya kunyah satu persatu lipas yang ada dalam bilik masa tu. phuiii! Lepas setengah lipas aku kunyah, baru aku nampak penyapu! asal la lambat sangat mata ni nak detect penyapu. Aku kekenyangan lipas, korang hado?? rasa macam nak muntah masa tu. Akhirnya penyapu juga yang berguna, tong sampah juga tempat duduknya. bagi aku ni mimpi yang agak gila lagi sangat gila sekali. Lepas dari tu je, nampak je lipas aku automatik ingat mimpi ni. Tapi macam tadi, aku tak nampak lipas. tetiba teringat. kuatnya penangan lipas yang kaki banyak tu!! Kejappp, tolong la sekali je kirakan kaki lipas pleaseee??

Lepas terkenang mimpi tu, aku terus rasa macam nak sign in blog malah sekali gus terus hapdate! Mimpi ni serasa aku, aku tak pernah lagi cerita dekat sesiapa pun. nanti orang kata gila apa makan lipas. takda benda lain ke nak makan? Sekarang aku berani cerita sebab aku makan nasi. Ada aku kesah? *tangan ke bahu, mata ke atas*  *muntah*