Monday, September 5, 2011

Mood Raya | Hilang Stress

Assalamualaikum~


Ehem, sempat lagi aku ucapkan salam AIDILFITRI kepada semua. Komfem semua dalam mood raya lagi kan. Macam aku ni ha. Tapi dah berapa hari raya ni aku jarang beraya atau ke open house sesiapa. Maklumlah tiada siapa yang menjemput. * so melepak di rumah besaukan badan je 


Di sini aku nak cerita, berdasarkan tajuk entri aku tu. Dah kenapa tetiba hilang stress ni bai? Sebenarnya nak cerita, masa raya ketiga bersamaan 1 September 2011 aku dan beberapa kawan yang lain telah pun dapat mengilangkan stress di sebuah tempat bernama waterpark. Ye la kan, maksud hilang stess ni sini adalah komfem semua letih buat preparation untuk raya dan melayan tetamu selama 2 hari raya. Bila dapat pergi lepak kat sana, rasalah stress ni hilang. 


Macam aku la, stress bila nak berhari raya. Prepare itu ini, letih aku cakap kau. Baca SINI ! So aku pun join la pergi waterpark tu. Actually benda ni semua, reunion member sekolah boyfie aku. Aku dengan muka tak malunya, terus join. Orang dah pelawa, mustahil nak tolak. Walaupun aku tak kenal semua member dia, tapi aku buat muka selamber. Dorang best, ada yang baru jumpa terus ngam. Oh suka !


Masa nak bertolak, janji pukul 11.30 dah ada depan taman tapi biasa la kan janji melayu . Dari 11.30 jadi 12.30. Ingatkan ramai, last last berapa kerat je ada. Semua yang cakap nak datang, tak jadi. Tapi kitorang kental, kesah apa kalau berapa kerat je ada. So let's go ! Sampai sana terus beli tiket dan scan dan blablabla. Tapi biasa la, tempat kitorang pergi ni tak banyak benda nak main. Aku pun bukan berani sangat nak main semua benda. Penakut -,-


Dari pukul 12.30 sampai pukul 6 macam tu la kitorang ada di sana. Wew~ Sempat aku hitam ye kawan kawan. Panas terik, dengan tak reti berenang lagi. Aku buat buat reti sudah. Nasib ada pelampung badan sendiri * hihi . Sesudah berhempas pulas meletihkan badan, apa lagi kan. Makan ! Tapi tak sedap langsung. Disebabkan lapar, aku bolos sahaja makanan itu. Sesudah makan, ayuh pulang. Nak maghrib dah pun..


Eh, kejap kejap. Ada sikit gambar yang sempat di snap oleh beberapa photographer yang tidak bertauliah. Jangan marah yeee ..



Ni masa baru sampai. Boyfie, Aku and Naim *


Ni baru lepas tukar baju. Dah ready nak terjun. Terjun la sangat !


Ni masa nak main Bubble. Ngam ngam 6 orang. Budak kecik tu pun nak bergambar jugekk 


Ni boyfie, muka cuak main benda alah ni. Aku? Memang tak la nak naik. Tinggi !


Ni masa nak balik, kenyang perut walaupun tak sedap !

Ps : Lupa nak bagitahu, ni dekat BUKIT MERAH . Byeee 

2 comments:

xanders.co said...

beraya sakan nampak :p

selamat hari raya :p

sue_riani said...

hahahha ada jgk muka dlm nih..hihiihi