Monday, November 14, 2011

Insomnia

Assalamualaikum and hello peeps..




Insomnia adalah gangguan semasa tidur. Masuk bilik siap siap nak baring pukul 11 tapi sampai ke pukul 3 pagi masih belum rasa nak lelap. So siapa antara kalian yang ada masalah begini angkat kaki cepat! Hihihi :p


Aku adalah salah seorang daripadanya. Kadang kadang tu dapat la merasa nak tidur awal. Kalau tak jangan haraplah nak reti tidur awal. Mungkin sebab aku dah set mind 'KAU JANGAN HARAP NAK TIDUR AWAL' Nampak tak? *takde makna aku nak set mind macam tu eh


Dibawah ni ada beberapa tips untuk tidak lagi sukar tidur malam. Antaranya :


1. Lupakan semua urusan kerja dan jangan terlalu banyak berfikir

Masalah kerja atau bisnes jangan dibawa ke bilik tidur. Anda perlu menetapkan fikiran bahawa bilik tidur hanyalah untuk tidur dan bukannya untuk memikirkan mengenai masalah lain.

2. Elakkan meletak TV di bilik tidur

TV akan membuatkan rasa ingin menonton apabila anda tidak dapat tidur dan ini akan menjadikan anda lebih lewat untuk tidur. Kajian juga mendapati mereka yang susah untuk tidur adalah disebabkan adanya TV di bilik tidur.

3. Elakkan daripada mengambil kafein

Kandungan kafein boleh membuatkan anda sukar untuk tidur. Kesan daripada kafein yang anda ambil berkemungkinan akan menjadi lebih lama daripada apa yang anda jangkakan. Pada kebiasaannya, kesan kafein dirasai selama lapan jam sebelum kesannya hilang daripada tubuh anda. Sekiranya anda meminum kopi pada waktu petang dan menghadapi kesukaran untuk tidur pada sebelah malam, berkemungkinan ia adalah kesan kafein yang anda ambil pada petang tadi. Merancang masa pengambilan kafein boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih mudah.

4. Lakukan aktiviti sukan/senaman di waktu petang

Beriadahlah di petang hari atau pun luangkan masa bermain bersama anak anda. Apabila badan anda letih, ia mampu membantu anda untuk lebih mudah tidur di malam hari.

5. Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur

Anda sangat sukakan haiwan? Janganlah sampai hendak tidur pun anda bawa juga haiwan ini ke bilik tidur. Ini boleh menyebabkan anda mendapat tidur yang tidak cukup berkemungkinan disebabkan oleh bunyi bising atau bermacam ragam yang dilakukan oleh haiwan peliharaan anda. Anda dinasihatkan untuk meletakkan haiwan peliharaan anda di luar bilik tidur.

6. Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap dan selesa

Anda dinasihatkan untuk menggunakan penutup telinga, menyediakan langsir, penghawa dingin atau sebagainya untuk mencipta persekitaran tidur yang ideal. Sekiranya anda mahu terjaga pada waktu tengah malam, anda dinasihatkan untuk membuka lampu yang lebih kecil dan malap dan bukannya dengan membiarkan lampu asal bilik anda menyala. Suhu bilik yang paling sesuai untuk anda tidur adalah sekitar 20-22 darjah celcius.

7. Elakkan tidur siang

Elakkan dari tidur pada waktu siang. Ianya akan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk jika anda biasanya memiliki masalah tidur. Sekiranya anda mahu tidur pada siang hari, anda dinasihat untuk menetapkan dalam masa yang pendek iaitu sekitar 15 hingga ke 30 minit sahaja.

8. Mandi untuk kesegaran tubuh

Sepanjang hari bekerja memang memenatkan. Jadi mandi sebelum waktu maghrib adalah satu cara yang boleh memberi kesegaran kepada tubuh dan mampu memudahkan anda tidur. Siapalah yang boleh tidur dengan badan melekit dan berbau. Pastinya anda tidak mahu tidur dalam keadaan begini.

9. Amalkan herba/jauhi ubat tidur

Ada herba tertentu yang dikenalpasti boleh membantu anda untuk mudah tidur. Antaranya ialah herba mengkudu yang boleh membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin untuk mengatur dan memperbaiki kualiti tidur serta peredaran darah yang stabil. Pastikan herba yang dipilih mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Sebelum tidur jom baca doa tidur :


Thanks Google . Have a nice reading ;)
*aku tak pasti la aku ikut petua ni ke tak. K bai

1 comment:

shahrazali said...

angkat kaki dah ni.... hehe..
sy pun sama... susah nak tido malam...biasa sehari 2,3 jam je tido... pastu kalau weekend xde pape program, tido smpai 11,12 jam..hehe... teruk kan??