Saturday, August 20, 2011

Flashback | Oh RINDU~

Assalamualaikum ..

Di kala subuh yang agak membosankan dan pada jam tiga lima belas minit pagi saya kan .. tetiba saya . Choi.. Sementara nak tunggu masa untuk aku bersahur terlintas pulak dalam otak ni nak update blog. Kalau suka baca ye, tak suka sila tekan X .. Memandangkan line broadband aku ni agak la macam siput tersedut sedut, boleh dikatakan lembap la senang kan. So aku kena tunggu lama untuk dapat access blogger ni. So lembs~

Okay guys. Proceed kepada tajuk entri aku tu ye.. Ape kes dengan entri kali ni? Bukan tentang bahasa SMS lagi. Takde la korang. Tengah duduk lepak seorang diri ni kan, tetiba rasa rindu menerpa masa zaman kolej dulu. For 3 years aku stay hostel, macam macam benda dah aku lalui. Benda baik, jahat semua aku pernah buat. Takde life la kan kalau tak buat jahat sikit --"

Ni nak cerita sikit, boleh dikatakan nak flashback balik masa zaman umur 18 sampai la 21 aku kat hostel sana. Rindu tersangat sangat. Especially dengan my BFF ' orang panggil dia IRA ' . Aku ni dah rasa manja bila ada dengan dia. Mana taknya dia panggil aku, alaa malu la.. Ngade * beby .. Nampak ape dia panggil aku? Jangan jelous semua .. Lagi sorang namanya ANIS, dengan dia ni aku rapat jugak. Yelah dah nama pun roomate. Kami bertiga je dalam satu bilik. So kucar kacir la jadi bilik tu. Kitorang kan paling tak suka kalau ada orang lain masuk bilik tau, sebab kan kitorang rasa privacy masing masing dah lari.. Oh memang tak baik sungguh la kan ..

Disebabkan ni bulan puasa, aku nak cerita macam mana life kitorang masa bulan puasa ni kan. Ehem ehem, masa ni mula lah aku nak jeling si Ira ni ha. Nothing, saja nak jeling kau lah. Masa bulan puasa, kalau kat hostel tu, masyaAllah punya la malas nak bangun sahur. Kalau bangun sahur, komfirm tak boleh tidur dah. Bila dah jadi macam tu, tak cukup la tidur kitorang kan. Pukul 8 dah ada kelas. So sometimes kitorang skip sahur. Kalau skip tu faham je lah kan, ehem !

Bulan puasa biasa lah lecturer semua bagi balik awal. Kitorang ape lagi, happy nak mati la kan. Perut pulak dah kruk kruk. Nak berbuka sayang pulak sebab dah petang. Kitorang pun tunggu and tunggu sampai tertidur la. Bangun bangun dah pukul 6. Kelam kabut pergi cafe beli makanan. Balik bilik masing masing dah siap nak berbuka. Gila tak sabar kan? Rileks kejap, on9 and tengok dah pukul 7.15. Ready berbuka dah ni. Bismillahirrahmanirrahim~

Masa bulan puasa ni jugak lah kitorang selalu skip kelas, malas kan. Dah la puasa ni, mak tak larat nyah. Eheh.. Kelas pagi tak nampak muka, kelas petang ada pulak kan. Almaklum lah aku dengan si Ira ni memang famous amos bab ponteng memonteng ni. Anis ni rajin, jarang ponteng. Budak baik katakan. Begitu la hari hari yang kitorang sama sama lalui masa dulu. Dulu masa masih bertapak dekat hostel tu, rasa nak lari je. Benci sangat dah mengadap hostel tu bertahun tahun. Sekarang ni bila dah habis study, baru lah aku faham ape erti orang selalu cakap :


' bila kau dah takde sini lagi, komfirm kau rindu gila dengan hostel yang kau terpaksa mengadap selama ni ' . 


Ayat ni aku sokong.. Ok la korang semua, cukup sampai sini dulu flashback yang aku nak cerita. Sekian

Ps : How i miss you * memories . Love :)

2 comments:

Wawazzup said...

tu la so hargai setiap detik dalm hidup kita sebab masa sah x leh putar balik..huhu

Missjajan said...

betul =)