Tuesday, August 23, 2011

Disebabkan rasa bersalah.

Assalamualaikum ..

Hah, masa untuk mengupdate dah sampai sekarang. Sambil menonton ANA LULU, sambil tu juga aku karang entri ni. Hebat tak? Memang tak la kan. Nampak topic aku tu, dah kenapa ni eh.. Siapa yang rasa bersalah? Mungkin aku * tetiba Hihihi

Okay semua. Entri ini aku mengarang dengan penuh rasa lega. Setiap manusia mesti ada rasa bersalah dalam diri masing masing. Tipu la kalau takde kan. Same goes to me, aku juga dilahirkan dengan adanya perasaan tu. Proud to be myself. Alhamdulillah :)

Meh aku nak cerita apa sebab yang sebenarnya aku pilih topic macam tu. Nak nak lagi aku tekankan pada * LENS * Benda ni jadi dekat diri aku sendiri. Actually aku ada order lens dengan menggunakan online sahaja. Dah online haruslah bayarannya di bank in ! Tapi aku baru order belum bank in lagi dekat orang yang empunya diri. Sebab aku ingat nak beli benda lain dulu sebelum bank in duit lens tu. Lepas tu kan?

Masa aku tengah tidur lena dibuai mimpi, aku dengar macam ada orang hon dari luar rumah. Aku pun terus la skodeng melalui tingkap bilik je. Aku nampak van Pos Laju tu ada depan rumah. So wajarlah aku pelik kan? Siapa pulak yang nak pos bagai dekat aku ni. Nak kata pasal collage, aku dah 2 bulan habis study. Takde apa lagi yang pihak collage nak hantar. 

Last last aku keluar dari rumah and pergi dekat abang yang dah siap sedia hulurkan bungkusan tu. Aku tengok dekat sampul tu tertera nama orang yang menjual dan ada nama aku dekat bahagian bawah tu. Sah la untuk aku bungkusan tu. Tapi yang peliknya, aku belum bank in lagi. Ke memang procedure dorang, dah pos baru kena bank in ke apa? Haha untunglah kalau macam tu. Makin rugi la kan.

So aku biarkan selama seminggu bungkusan tu sebab aku tunggu orang tu call cakap silap hantar atau apa kan. Tapi takde apa pun. Dah macam tu, aku pun bincang dengan seorang lelaki yang lebih familiar dikatakan kekasih hati aku. Cewah~ Aku buat keputusan message and bank in terus dekat orang tu. Tak baik kan pakai benda yang dah tentu tentu tak halal. Halal ke kalau belum bayar dah pakai? Oh no !

Then petang tadi aku terus pergi bank in. Sebelum aku pergi bank, orang tu ada reply message. ' Adik i yang uruskan penghantaran, dia terhantar la kot. Kalau u rasa nak pakai, bank in la. Kalau taknak pakai, pos balik dekat i, i bayar duit posnya ' . Baik sangat orang ni. Kalau aku takde perasaan bersalah tu, aku biarkan je. Apa susah, pakai je la kan. Bukan dorang tau pun aku bayar ke tak. Itu pun kalau la -.-

And now aku dah rasa teramat lega. Fuhhh ! If benda ni jadi dekat korang? Korang buat macam aku ke tak? Ehem

Ps : Again . Proud to be myself . Alhamdulillah :)

3 comments:

shazmir said...

ala sian nya....tape2...btw nice blog...comel..
xyz4mir.blogspot.com

Missjajan said...

hihi tq

Kakkoii said...

ish bayo jgn x bayo... kalo x bayo t jadi aram~